Sunday, 27 January 2019

Bolehkah seorang muflis/ orang bankrap menunaikan haji?

Assalamualaikum semua.
Baru-baru ini ada rakan FB bertanya tentang “bolehkah seorang muflis/ orang bankrap menunaikan haji?”.

Saya kongsikan di sini jawapan saya berdasarkan pengalaman mengendalikan kes2 kebankrapan sebelum ini.

Saya menjawab dari 2 perspektif iaitu:-
1. Perspektif undang2; dan
2. Perspektif prosedur am di jabatan insolvensi (prosedur penuh boleh rujuk ke jabatan insolvensi terdekat).

Saya tidak menjawab dari perspektif hukum agama kerana saya merasakan tidak layak untuk saya beri pendapat dalam hal ini. Sebaiknya rujuk kepada ustaz/ ustazah yang terdekat dlm hal ini.

1. Perspektif undang2.
  • Secara amnya memang seorang bankrap dihalang dari keluar negara termasuk ke Saudi.
  • Walaubagaimanapun, terdapat polisi di Jabatan Insolvensi yang membenarkan seorang bankrap keluar negara termasuk utk menunaikan umrah tertakluk kepada syarat2 yang perlu dipatuhi.
  • Ada banyak sebab kenapa seseorang itu jatuh bankrap. Kadang2 tu, si bankrap hanya menjadi mangsa keadaan. Terdapat kes di mana seseorang menjadi bankrap kerana menjadi penjamin pihak lain yang buat pinjaman rumah/ kereta/ peribadi/ pelajaran dan peminjam terbabit menghilangkan diri/ tidak membayar pinjaman mereka sehingga memaksa pihak bank mengejar penjamin. Jadi mohon jangan terus menghukum mereka yang bankrap ini sebagai orang yang tidak mampu melunaskan hutang. Ada juga kes di mana mereka membuat pinjaman utk ahli keluarga terdekat dan terpaksa menanggung hutang apabila pihak berkenaan tidak bayar hutang di bank.
  • Jika hutang sudah langsai dibayar oleh si bankrap/ jika si bankrap hendak menyelesaikan hutang yang membuatkan seseorang itu dibankrapkan, maka dia perlu berurusan terus dgn pihak jabatan insolvensi. Selepas selesai buat bayaran, perlu mohon batalkan status kebankrapan di Mahkamah Tinggi tempat di mana seseorang itu diisytihar bankrap. Permohonan ini boleh dibuat tanpa melantik peguam jika tahu prosedur di mahkamah. Jika tak tahu, boleh lantik peguam. Proses ini boleh ambil masa antara 3-6 bulan bergantung kpd secepat mana proses di jabatan insolvensi/ mahkamah/ bank yang terlibat.

2. Perspektif prosedur am di Jabatan Insolvensi (utk seorang bankrap memohon kebenaran ke luar negara atas tujuan utk tunaikan umrah/ haji)
  • Pergi ke pejabat jabatan insolvensi yang mengendalikan fail orang bankrap tu dan maklumkan niat utk tunaikan umrah/ haji. Mereka akan tetapkan tarikh temujanji. Mereka akan beri borang utk diisi dan dibawa semula semasa temujanji kelak. Selalunya mereka akan beritahu jumlah wang yg perlu didepositkan di jabatan insolensi jika mahu tunaikan umrah/ haji.
  • Isi dan kemudian semak jika ada borang yang diberi tu yg perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah. Kebiasaannya mmg ada bahagian di borang berkenaan yg perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.
  • Pergi semula ke jabatan insolvensi pada tarikh temujanji yg ditetapkan dan serah borang yang telah diisi dgn lengkap. Patuhi prosedur pembayaran deposit.
  • Mereka akan beri kebenaran jika semua prosedur telah dipatuhi.
  • Proses utk dpt kebenaran selalunya ambil masa 21 hari dari tarikh kita hadir temujanji & patuhi semua prosedur yg ditetapkan.

Ini sekadar maklumat am berdasarkan pengalaman saya membantu anak-anak guam saya sebelum ini. Untuk maklumat terperinci, boleh rujuk Jabatan Insolvensi terdekat.

Semoga info ini membantu pembaca semua.

Wassalam.

Thursday, 10 November 2016

Pusaka: bolehkah diselesaikan jika tiada rekod kematian datuk (pemilik tanah)? Bagaimana jika geran turut hilang?

"Puan, macam mana saya nak uruskan tanah atuk saya? Dia dah meninggal. Saya takde sijil mati dia, bila check kat JPN pun takde. Ayah saya pun dah meninggal. Err. Geran pun dah hilang.Puan boleh tolong saya?".

Saya: oh, tu kena buat 4 prosedur. 1 di mahkamah tinggi sivil. Lagi 3, kita buat di pejabat tanah.

Seterusnya satu per satu saya terangkan pada dia.

Client: errr. Memang kena ke mahkamah tinggi ke puan? Panjangnya lagi urusan ni... aduh.

Saya: Ya. Kena ke mahkamah dulu. Encik pun kata JPN suruh ke mahkamah kan?

Client: err. Habis tu macam mana ni puan?

Saya: meh ler datang office. Jenuh kalau nak ulang lagi penerangan ni.

--------------

nampak pelik, nampak susah.

jangan pening.

walau pelik, walau nampak susah,  sama ada panjang atau pendek prosesnya di agensi berkenaan, yang penting ada jalan penyelesaian.


Sunday, 23 October 2016

Hendak beli rumah rumah pertama & bawah harga RM300 ribu?

Apa kesan perkara no. 15 dalam "Touchpoint" Bajet 2017 pada anda, jika rumah yang anda hendak beli harganya bawah RM300,000.00?

Saya berikan contoh. Jika anda beli rumah harga RM299,999.99, anda jimat hampir RM3,850.00!  Tapi ianya mestilah rumah pertama dan pembelian dibuat mulai 1 Januari 2017.

Tips ringkas yang anda perlu tahu apabila bayar booking (dalam urusan pembelian rumah)

TIDAK PERNAH BELI HARTANAH?

Tips ringkas kalau dah setuju nak beli hartanah dan hendak bayar booking.

Masa bayar booking, boleh mintak SALINAN dokumen  berikut:-
1. Perjanjian Jual beli asal; atau
2. Geran

Dan dalam booking form, selain syarat2 booking, pastikan ada maklumat berikut:-
1. Nama penjual
2. No. Ic penjual
3. Alamat penjual
4. Alamat hartanah
5. Harga beli
6. Jumlah bayaran booking
7. Nama pembeli
8. No IC pembeli
9. Alamat pembeli
10. Tarikh sign booking form tu.

Kisah Jumaat 21 Okt 2016:-

Client nak lantik saya jadi peguam untuk dia beli hartanah.

Saya semak dokumen.

Tiada maklumat penjual.
Tiada maklumat hartanah.

Pembeli tiada pengalaman.

Saya terangkan kepada client ni tentang bahayanya membuat transaksi tanpa ada maklumat hartanah dan maklumat penjual.

Saya minta client selesaikan dengan "ejen" (mungkin bukan ejen berdaftar). Mungkin ada yg ejen terlepas pandang. Mungkin hal kecil saja.

Semoga urusan beliau dipermudahkan.

Semoga tips ini membantu kalian semua.


Wednesday, 19 October 2016

Ramai yang bertanya mengenai syarat dan kelayakan terkini untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan dari LPPSA.



Dari segi kelayakan, boleh rujuk maklumat terkini di sini.



Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
 1
8,500 ke atas
              600,000.00
2
6,500 ke 8,499
562,000.00
3
5,500 ke 6,499
525,000.00
4
4,500 ke 5,499
500,000.00
5
3,500 ke 4,499
475,000.00
6
3,000 ke 3,499
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
150,000.00
12
999 dan ke bawah

120,000.00


Berkenaan syarat permohonan pinjaman pula, terdapat syarat-syarat asas iaitu-


 i.Pemohon mestilah kakitangan Kerajaan berjawatan tetap\
ii.Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
iii.
Pemohon mesti mengemukakan borang permohonan kepada LPPSA 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
 

iv.

Pemohon mesti telah berkhidmat dengan Kerajaan sekurang-kurang 1 tahun
 

v.

Pemohon mesti telah disahkan jawatan
vi.
Pemohon tidak muflis / bukan seorang si berhutang hukuman / tidak berkemampuan / sedang menjalani tindakan tatatertib


vii.
Memasuki Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah yang disaksikan oleh Peguam yang mempunyai Lesen Amalan Guaman yang sah.
viii.
Untuk pinjaman bersama suami isteri, pinjaman mengambil alih rumah di antara suami / isteri dan perjanjian jual beli yang mempunyai dua nama, salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan mestilah disertakan. 


Ada syarat-syarat lain yang harus dipatuhi, bergantung kepada jenis hartanah yang hendak dibeli dan juga jenis pinjaman yang hendak dimohon. Boleh rujuk kepada laman web LPPSA untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat yang dimaksudkan (klik di sini)



Semoga maklumat ini membantu.



Sebarang persoalan lanjut boleh hubungi bicaralegal@gmail.com




Apa itu "Perfection of Transfer" & "Perfection of Charge"?

Apa itu "Perfection of Transfer" & "Perfection of Charge"?
 
Ada yang bertanya tentang ini dan di sini saya kongsikan jawapan ringkas saya:-
Ini adalah situasi bila pembelian rumah/ hartanah dibuat sebelum ada Strata/ Hakmilik Individu.
 
Contoh:
Kalau kita beli hartanah dari pemaju , apa perlu dibuat bila selepas beberapa tahun kita beli tu, Strata/ Hakmilik Individu dikeluarkan oleh pejabat tanah atas nama pemaju?
 
Perkara yang perlu dibuat:-
  1. Penyempurnaan pindah milik (Perfection of Transfer) antara pemaju dan pembeli/ tuanpunya terkini dengan menandatangani borang pindahmilik (Form 14A).
  2. Penyempurnaan Gadaian (Perfection of Charge) antara pemilik terkini dan pihak bank jika loan masih ada, dengan menandatangani borang gadaian. Sebagai peminjam, kita tertakluk dengan perjanjian asal kita dengan pihak bank iaitu kalau geran dah keluar, kita kena pastikan gadaian kepada pihak bank didaftarkan di pejabat Tanah.
 
Nota:
Apabila membeli hartanah yang belum mempunyai geran/ masih dibawah hakmilik induk (master title), PEMBELI mesti tahu kronologi pembelian dan penjualan hartanah tersebut dari pembeli pertama hingga terkini DAN hendaklah simpan semua dokumen seperti SPA, Deed of Assignment, Deed of Receipt & Reassignment, Power of Attorney dan juga Revocation of Power of Attorney KERANA IANYA PENTING utk pastikan penyempurnaan pindah milik & gadaian (perfection of transfer & perfection of charge) dibuat dengan pihak yang betul.
 
Saya tak sentuh soal kos dan prosedur kerana ia bergantung kepada beberapa faktor seperti harga belian rumah/ sekatan atas tanah/ lokasi tanah.
 
Info ini hanyalah sebagai garis panduan. Harap sedikit sebanyak membantu tuan-tuan & puan-puan.

Boleh emel bicaralegal@gmail.com untuk sebutharga jika perlukan peguam untuk urusan penyempurnaan pindahmilik dan penyempurnaan gadaian.

Sedikit soal jawab mengenai kebankrapan... (Klik di sini untuk sumber)



Bagaimanakah seseorang individu itu dihukum bankrap?
Seseorang individu boleh dihukum bankrap apabila gagal menyelesaikan hutangnya RM30,000.00 dan ke atas.

Apakah larangan-larangan terhadap si bankrap?
Si bankrap tidak boleh-
o dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen atau dinamakan atau dilantik sebagai Ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan – Seksyen 36 & 37;
o meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi. Walau bagaimanapun, sebarang tindakan Mahkamah selain kecederaan peribadi boleh diteruskan dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi – Seksyen 38(1)(a);
o keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah – Seksyen 38(1)(c);
o menjadi Pengarah Syarikat atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(d);
o terlibat dalam syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh pasangannya atau saudara-maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(e)

Bolehkah si bankrap membuka akaun bank?
Bagi Akaun Simpanan - Si bankrap dibenarkan untuk membuka akaun simpanan bagi tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Permohonan untuk membuka akaun simpanan boleh dibuat di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan.

Bagi Akaun Semasa - Si bankrap tidak dibenarkan untuk membuka akaun semasa bagi apa-apa jua tujuan.



Bagaimanakah si bankrap boleh membuat permohonan keluar negara?
Si bankrap hendaklah mengemukakan permohonan kepada cawangan di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan. Borang permohonan ke luar negara boleh dimuat turun dari laman portal Jabatan Insolvensi Malaysia.+

Bolehkah fail kebankrapan dipindahkan daripada satu cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang lain?
Sibankrap boleh membuat permohonan pemindahan fail ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia lain dengan mengemukakan permohonan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana fail ditadbirkan sekiranya dibuktikan alamat terkini si bankrap berada di dalam bidang kuasa mahkamah yang berhampiran dengan cawangan yang dipohon untuk dipindahkan.



Bolehkah si bankrap memindah milik hartanya?
Si bankrap tidak dibenarkan memindah milik hartanya dalam tempoh kebankrapannya. Segala pindah milik yang dibuat oleh sibankrap dalam tempoh dua (2) tahun hingga lima (5) tahun sebelum Perintah Kebankrapannya boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.
o Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual/memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Bolehkah si bankrap membuat pembayaran terus kepada pemiutang-pemiutang untuk tujuan penyelesaian hutangnya?

Si bankrap tidak dibenarkan membuat sebarang pembayaran terus kepada pemiutang. Segala pembayaran hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Insolvensi.


Bolehkah si bankrap mengerjakan haji dan umrah?
Si bankrap dibenarkan mengerjakan haji dan umrah dengan mengemukakan sebagaimana permohonan untuk ke luar negara. Walau bagaimanapun, kebenaran hanyalah diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh kebankrapannya. Ada prosedur yang perlu dipatuhi untuk memohon kebenaran dari pihak Jabatan Insolvensi.



Bolehkah si bankrap memohon membatalkan status kebankrapannya?
Boleh dengan syarat si bankrap telah selesai bayar hutang atau pun si bankrap memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.



Bagaimanakah caranya si bankrap boleh memohon untuk membatalkan status kebankrapan?
Membuat permohonan di Mahkamah Tinggi di mana perintah kebankrapan diberi. Boleh melantik peguam atau memohon sendiri.







Boleh emel bicaralegal@gmail.com untuk sebarang sebutharga jika hendak melantik peguam.