Assalamualaikum semua.
Baru-baru ini ada rakan FB bertanya tentang “bolehkah seorang muflis/ orang bankrap menunaikan haji?”.
Saya kongsikan di sini jawapan saya berdasarkan pengalaman mengendalikan kes2 kebankrapan sebelum ini.
Saya menjawab dari 2 perspektif iaitu:-
1. Perspektif undang2; dan
2. Perspektif prosedur am di jabatan insolvensi (prosedur penuh boleh rujuk ke jabatan insolvensi terdekat).
1. Perspektif undang2; dan
2. Perspektif prosedur am di jabatan insolvensi (prosedur penuh boleh rujuk ke jabatan insolvensi terdekat).
Saya tidak menjawab dari perspektif hukum agama kerana saya merasakan tidak layak untuk saya beri pendapat dalam hal ini. Sebaiknya rujuk kepada ustaz/ ustazah yang terdekat dlm hal ini.
1. Perspektif undang2.
- Secara amnya memang seorang bankrap dihalang dari keluar negara termasuk ke Saudi.
- Walaubagaimanapun, terdapat polisi di Jabatan Insolvensi yang membenarkan seorang bankrap keluar negara termasuk utk menunaikan umrah tertakluk kepada syarat2 yang perlu dipatuhi.
- Ada banyak sebab kenapa seseorang itu jatuh bankrap. Kadang2 tu, si bankrap hanya menjadi mangsa keadaan. Terdapat kes di mana seseorang menjadi bankrap kerana menjadi penjamin pihak lain yang buat pinjaman rumah/ kereta/ peribadi/ pelajaran dan peminjam terbabit menghilangkan diri/ tidak membayar pinjaman mereka sehingga memaksa pihak bank mengejar penjamin. Jadi mohon jangan terus menghukum mereka yang bankrap ini sebagai orang yang tidak mampu melunaskan hutang. Ada juga kes di mana mereka membuat pinjaman utk ahli keluarga terdekat dan terpaksa menanggung hutang apabila pihak berkenaan tidak bayar hutang di bank.
- Jika hutang sudah langsai dibayar oleh si bankrap/ jika si bankrap hendak menyelesaikan hutang yang membuatkan seseorang itu dibankrapkan, maka dia perlu berurusan terus dgn pihak jabatan insolvensi. Selepas selesai buat bayaran, perlu mohon batalkan status kebankrapan di Mahkamah Tinggi tempat di mana seseorang itu diisytihar bankrap. Permohonan ini boleh dibuat tanpa melantik peguam jika tahu prosedur di mahkamah. Jika tak tahu, boleh lantik peguam. Proses ini boleh ambil masa antara 3-6 bulan bergantung kpd secepat mana proses di jabatan insolvensi/ mahkamah/ bank yang terlibat.
2. Perspektif prosedur am di Jabatan Insolvensi (utk seorang bankrap memohon kebenaran ke luar negara atas tujuan utk tunaikan umrah/ haji)
- Pergi ke pejabat jabatan insolvensi yang mengendalikan fail orang bankrap tu dan maklumkan niat utk tunaikan umrah/ haji. Mereka akan tetapkan tarikh temujanji. Mereka akan beri borang utk diisi dan dibawa semula semasa temujanji kelak. Selalunya mereka akan beritahu jumlah wang yg perlu didepositkan di jabatan insolensi jika mahu tunaikan umrah/ haji.
- Isi dan kemudian semak jika ada borang yang diberi tu yg perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah. Kebiasaannya mmg ada bahagian di borang berkenaan yg perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.
- Pergi semula ke jabatan insolvensi pada tarikh temujanji yg ditetapkan dan serah borang yang telah diisi dgn lengkap. Patuhi prosedur pembayaran deposit.
- Mereka akan beri kebenaran jika semua prosedur telah dipatuhi.
- Proses utk dpt kebenaran selalunya ambil masa 21 hari dari tarikh kita hadir temujanji & patuhi semua prosedur yg ditetapkan.
Ini sekadar maklumat am berdasarkan pengalaman saya membantu anak-anak guam saya sebelum ini. Untuk maklumat terperinci, boleh rujuk Jabatan Insolvensi terdekat.
Semoga info ini membantu pembaca semua.
Saya mempunyai total hutang lebih dr 50k. Sy telah menerima penghakiman engkar. Brp tempoh masa diambil utk issue notis bankrupt
ReplyDeleteBlh kah sy menjelaskan hutang tersebut setlh mendpt notis saman so that amount less than 50k. Sblm diisytihar bankrupt